Islamic Widget

Sunday, 24 July 2011

DOA UNTUK KEKASIH


YA ALLAH, seandainya telah engkau catatkan, dia milikku, dia tercipta untukku, satukanlah hatinya dan hatiku…titipkanlah kebahagiaan antara kami, agar kemesraan itu abadi…


YA ALLAH YA TUHANKU yang maha mengasihani, seiringkanlah kami melayari hidup ini, ketepian yang sejahtera dan abadi…


Tetapi YA ALLAH, seandainya telah engkau takdirkan dia bukan milikku, bawalah ia jauh dari pandanganku, luputkanlah ia dari ingatanku, dan perliharalah aku dari kekecewaan…


YA ALLAH YA TUHANKU yang maha mengerti, berikanlah aku kekuatan, melontarkan bayangannya jauh ke dada langit, hilang bersama senja nan merah agarku bisa bahagia walaupun tanpa bersama dengannya…


YA ALLAH yang tercinta, gantilah yang telah hilang, tumbuhkanlah kembali yang telah patah, walaupun tidak sama dengan dirinya…


YA ALLAH YA TUHANKU, pasrahkanlah aku dengan takdirmu, sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan, adalah yang terbaik buatku, kerana engkau maha mengetahui, segala yang terbaik buat hambamu ini…


YA ALLAH, cukuplah engkau sahaja menjadi pemeliharaanku, di dunia dan di akhirat, dengarlah rintihan dari hambamu yang daif ini, jangan engkau biarkan aku sendirian, di dunia ini mahupun di akhirat, menjuruskan ku kearah maksiat dan kemungkaran, maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman, supaya aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup ke jalan yang engkau redhai dan kurniakanlah aku keturunan yang soleh….AMIN YA RABBAL A’LAMIN

   



Kekasih.. Ibu itu kekasih..
Kekasih.. Ayah itu kekasih..
Kekasih.. Abang.. Kakak.. Adik.. Itu kekasih..
Kekasih.. Suami.. Isteri.. Itu kekasih..
Kekasih.. Sahabat itu juga kekasih..
Kekasih.. Berkasih selamanya..
 
 
 
 


PENGORBANAN SEBUAH CINTA

Ape itu cinta..??
Cinta itu sifatnya naluri. Apa tu orang kata, "cinta itu di hati". Bercinta yang hangat bila kita dapat merasai apa yang dirasai oleh orang yang kita sayang.
Jika taknak disakiti, kita tak menyakitkan hati orang lain. Jika nak disayang, kita akan memberi kasih sayang seluhurnya. Jika ada rasa bimbang, seringnya kita akan dapat merasa. Macam cinta ibu pada anak-anak. Sering mereka dapat rasa apa yang anak-anak mereka buat, yang baik atau tak baik untuk anak-anak, kan?

Ape itu Pengorbanan sebuah cinta..??
Apa tu?? Aa, altruistik maknanya melebihkan orang lain dari diri sendiri. Dalam lughah disebut al-itsar. Wah, erti pengorbanan di sini. Bak kata Ustaz Hasrizal, makna hidup pada memberi. Bila cinta, kita sanggup berkorban untuk yang kita cinta dan kasihi.
Bila ada niat untuk membahagiakan yang lain, maka kita akan usahakan yang terbaik untuk memenuhi kehidupannya dengan bahagia dan sempurna. Kata Abang Ed, bila kita tolong orang, Allah akan membantu kita, menambah nikmat untuk kita. Indahnya sebuah pengorbanan kan.....

Pengorbanan dalam cinta, ianya sangat suci…aku terpaksa berkorban demi orng yang amat aku kasihi, sayangi dan cintai, ianya terjadi sekelip mata…aku amat menyanyanginya sepenuh hatiku tetapi aku perlu berkorban demi kedua-dua hati…

Detik perkenalan aku dengan dia bermula sebagai teman,dulu aku lah tempat dia mengadu, segala masalah yang dihadapinya akan dia ceritakan kepada ku, soal peribadi, soal keja, soal stady semua kami akan berkongsi bersama…suka duka, nangis ketawa, kami kongsi bersama, aku takkan lupakan semua ini…
Sekian lama kami berkawan, secara tiba2 lahir perasaan cinta diantara kami, walaupun kami berjauhan tetapi dengan keikhlasan dan kejujuran yang kuat diantara kami telah membahagiakan hubungan kami…alhamdulillah dia seorang lelaki yang baik, beriman dan bertanggungjawab yang pernah aku kenali…
Beza umur antara kami Cuma 2 tahun…dia sudah berkerja di sektor kerajaan tetapi aku masih lagi belajar…kami berkenalan saat aku di semester akhir pengajian aku, di semester akhir ni banyak dugaan dan cabaran yang aku perlu lalui, posting klinikal 3 bulan, research, latih tubi bersama prof OUM, dan aku perlu lalui exam yang paling besar iaitu Peperiksaan Lembaga Jururawat Malaysia…ini lah penentu masa hadapan aku.

Syukur, dialah banyak memberi semangat dan dorongan kepadaku sepanjang akhir semester aku dan dia tak henti2 berada di belakangku memberi kata2 semangat…semua ini telah menguatkan aku untuk terus berusaha walaupun aku berasa sungguh letih..”terima kasih awwk, jasa awak takkan saya lupakan sampai bila2”…
Seminggu sebelum peperiksaan, pihak kolej telah mengadakan sesi solat hajat bersama bacaan yassin untuk semua student…Alhamdulillah walaupun kami berjauhan dia turut berdoa akan kejayaan aku…sampailah saat peperiksaan tanggal 15 JUN 2011, aku telah dapat jawab soalan peperiksaan yang amat penting dan penentu masa depan aku dengan tenang…syukur, semua ini atas sokongan, dorongan dan doa oleh kedua ibu bapa, pengajar dan dia…

Setelah tamat pengajian aku, kami masih bersama walaupun sekarang aku telah berada di sisi keluarga aku tetapi dia amat memahami akan diri aku…aku rasa amat bersyukur mempunyai kekasih yang amat mengerti akan diri aku yang sebenar…walaupun kami jauh ia tidak menjadi penyebab untuk kami, kami sering berhubung melaui mesaj, panggilan telefon, dan internet…alhamdulillah, aku berasa senang bersamanya.
Tanggal 4 JULAI 2011, keputusan peperiksaan aku diumumkan, berkat doa semua aku telah lulus…ini lah hari yang paling gembira bagi ku, cita2 aku,harapan dan impian  keluarga aku , pengajarku, sahabat2 aku dan orang yang paling aku sayangi telah tercapai, aku amat berpuas hati dengan kejayaan aku setelah 3 tahun aku bertungkus lumus…terima kasih semua

Beberapa hari selepas berkongsi kegembiraan, aku kembali sedih selepas orang yang paling aku sayangi telah membuat satu pengakuan tentang masau lampau yang telah dihadapi olehnya…walaupun masa tu aku amat rasa kecewa dan sedikit terkilan sebab dia tidak berterus terang selama ini tetapi di hatiku kuat dan masih sayangi dirinya…aku maafkan kesilapan yang telah berlalu Cuma aku mahukan sedikit masa untuk aku terima tetapi sebaliknya telah berlaku…

8 JULAI 2011, aku kembali ke kolej untuk mengambil keputusan peperiksaan aku, sijil2 dan diploma aku di kolej…sejak keputusan keluar aku akui aku amat sibuk, dengan resume lagi, dan macam2 benda yang perlu disiapkan sehingga aku telah abaikan kekasih yang aku cintai dan masa itu aku sedang menerima segala kisah silamnya…hati wanita lembut kan, aku maafkan dia dah aku telah menerima dia sepenuh hati aku…
Tapi, disebalik kesibukan aku dan masa yang diperlukan oleh  aku, datang orang ketiga dalam perhubungan ini…dalam masa 2 hari perkenalan di ruangan internet, dia lebih percayakan perempuan yang baru dikenalinya dan dia telah membuat pilihan untuk menerima perempuan yang baru dikenalinya…aku pasrah walaupun aku masih mencintainya...

Aku yang boleh dianggap sebagai kakak bila dibezakan dari wanita yang baru dikenalinya dan aku yang lebih matang harus mengalah…aku mengalah untuk melepaskan dia walapun berat hati aku untuk melepaskan, demi kebahagiaan insan yang pernah aku cintai, aku sanggup berkorban demi kebahagiaanya…
Aku tidak boleh menipu diriku sendiri, aku masih mencintai dan menyayangi dirinya…aku impikan apa yang telah kami impikan bersama tika dan waktu dahulu…
Buat insan yang amat aku cintai, aku masih menyayangimu tapi mungkin tiada jodoh di antara kita, aku doakan semoga awak dapat hidup bahagia di samping wanita yang awak pilih…terima kasih atas sokongan dan dorongan yang awak berikan selama ini, walaupun saya telah Berjaya saya takkan lupakan awak kerana awak adalah sumber inspirasi saya…